Perwira Renjer Rejimen Renjer Diraja

Kol (B) Ismail Salleh

Pada 23 Ogos 1970 Kompeni C 6 Renjer pimpinan Ismail Salleh digerakkan untuk menyekat penyusupan pengganas komunis. Musuh yang ada awalnya berundur bertindak menyerang balas dengan kekuatan lebih kurang 70 orang. Dengan bantuan tembakan artileri, Mej Ismail memimpin kompeninya untuk menggempur kedudukan musuh yang terkepung. Beliau mempamerkan ketabahan dan kecekalan yang tinggi sepanjang tujuh jam pertempuran tersebut berlangsung. Hasil daripada pertempuran ini seramai empat orang pengganas berjaya dibunuh. Beliau dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani pada 2 Jun 1971.

Lt.Kol (B) Robert Rizal Abdullah

Pemegang Pingat Gagah Berani (PGB)

PW I (B) Kanang anak Langkau

Pada 19 Feb 1980 Platun Risik Gempur (UCIS) 8 Renjer diketua Kapten Johnson anak Meling ke kawasan Tanah Hitam untuk menjejak segerombolan pengganas komunis yang menembak mati seorang anggota 25 Melayu beberapa hari sebelumnya.

Sarjan Kanang dan kumpulannya berjaya menjejak pengganas yang dicari. Beliau melepaskan tembakan dan terus menyerbu ke kedudukan musuh. Musuh berjaya melepaskan diri dan penjejakan diteruskan. Sarjan Kanang bertindak sebagai peninjau hadapan. Semasa bergerak, Sarjan Kanang berjaya mengesan jerangkap samar yang dipasang musuh. Tiba-tiba mereka dihujani tembakan musuh. Sarjan Kanang menunjukkan keberanian luar biasa. Tanpa menghiraukan kecederaannya, beliau terus menggempur ke arah musuh sambil memberikan kata-kata semangat kepada anggota-anggotanya.. Beliau mengalami kecederaan parah. Beliau dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 3 Jun 1981.

PW II Lenggu Ak Cina

Pada 20 Jan 1971 semasa menjalankan operasi di Sungai Katibas, PW II Lenggu bersama kumpulan yang diketua oleh Leftenan Muda Anuar Basha Khan Akaria diserang hendap di Tanjung Batu Babi. Tembakan musuh tidak menghalang PW II Lenggu merapati tebing sungai dan menggempur kedudukan musuh. Kumpulan PW II Lenggu berjaya membunuh empat orang pengganas komunis dan memaksa mereka meninggalkan kedudukan. Beliau dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 2 Jun 1971.

Mejar Michael Riman ak Bugat

Pada 1 Jun 1979 Platun Risik Gempur (UCIS) dianggotai oleh Kapten Michael Riman ak Bugat dan diketuai Sjn Kanang ak Langkau berjaya menjejak kesan musuh sehingga bertembung dengan tempat rehat mereka. Dalam pertempuran tersebut, Michael dengan berani menyerang dan merempuh ke arah musuh. Michael dan kumpulannya berjaya membunuh seramai lima orang pengganas komunis. Seorang anggota kumpulannya terbunuh dan Michael sendiri cedera parah. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 6 Jun 1984. [3]